My Top Banner

Jabatan Patologi

Pengenalan

Jabatan Patologi dan Unit Perubatan Transfusi Hospital Lahad Datu mula beroperasi pada 1 Oktober 2002 di mana jabatan ini merupakan satu unit sokongan kepada unit-unit yang lain seperti terutamanya unit-unit klinikal. Pada peringkat permulaan, makmal ini masih menggunakan sistem manual iaitu penggunaan borang sebagai satu unit perhubungan kepada unit-unit yang lain. Bermula pada bulan Jun 2004, Jabatan Patologi telah memulakan perkhidmatan secara talian dalaman (Internal On-Line) dengan pelaksanaan Laboratory Information System (LIS).

Visi

Perkhidmatan Patologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dan dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan, berteraskan budaya berkualiti dan kerja berpasukan serta profesionalisma demi kecemerlangan rawatan pesakit.

Misi

Menyediakan Perkhidmatan Patologi yang efektif, cepat, tepat dan cekap berlandaskan sistem pengurusan berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan.

Objektif
Untuk menyediakan perkhidmatan diagnostik yang cepat, tepat, cekap dan boleh dipercayai:
  • Kecepatan (Timeliness)
    • Mematuhi piagam pelanggan yang disediakan.
  • Ketepatan (Accuracy)
    • Menentukan semua keputusan ujian memenuhi ketepatan yang telah dipiawaikan. ‘Zero defect’ dalam perkhidmatan Transfusi Darah.
  • Kecekapan
    • Semua kakitangan makmal dikehandaki mencapai tahap kecekapan maksimum dengan mengikuti latihan pengendalian peralatan baru dan terkini.
  • Memastikan skop, piawai, dan kebolehan perkhidmatan dapat menampung keperluan hospital dan teknologi yang digunakan hendaklah bersesuaian dan menjimatkan kos.
  • Menganjurkan kajian (R&D) yang releven untuk jika diperlukan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Merangkumi perkhidmatan asas bidang Hematologi, Patologi Kimia, Mikrobiologi, Patologi Anatomik dan Perubatan Transfusi.
  • Ujian-ujian yang tidak dapat dilakukan akan dirujuk ke Hospital Sekunder / Tertier mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Jabatan ini menyediakan perkhidmatan seperti yang berikut :
    • Patologi Kimia – termasuk kimia am, dadah dan sebagainya.
    • Mikrobiologi – termasuk bakteriologi diagnostik, imunologi diagnostik, parasitologi diagnostik dan kawalan jangkitan.
    • Perubatan Transfusi – termasuk Immunohematologi dan pengurusan penderma.
    • Hematologi – termasuk hematologi umum dan sebagainya
    • Patologi Anatomik - termasuk sitologi dan histopatologi
Waktu Perkhidmatan
Waktu Perkhidmatan
Dr. Hanan Suhaila bt UzirKetua Jabatan

Contact Information

31707317drhanansuhaila@moh.gov.my
Hakcipta Terpelihara Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768
Copyright © 2020 Hospital Lahad Datu