My Top Banner

Unit Teknologi Maklumat

PENGENALAN

Unit Teknologi Maklumat ( IT ) adalah sebuah unit di bawah Bahagian Pengurusan Hospital terletak di sebelah Unit Pentadbiran. Unit ini bertanggungjawab untuk mengurus, mentadbir, memantau dan menyelia semua rangkaian, peralatan sistem aplikasi berkaiatan ICT , termasuk keselamatan ICT, penyelenggaraan peralatan ICT, bantuan teknikal ICT, khidmat nasihat ICT dan pembudayaan ICT melalui kursus/latihan berkaitan ICT kepada semua warga Hospital Lahad Datu.

VISI

Unit Teknologi Maklumat berusaha menyediakan kemudahan serta perkhidmatan ICT sebagai pemudah serta pemangkin dalam merealisasikan visi, misi serta objektif Hospital Lahad Datu.

MISI

  • Memastikan kemudahan dan infrastruktur ICT berasaskan perkhidmatan teknologi maklumat berkualiti
  • Memastikan kelancaran sistem IHIS serta menyokong operasi yang dijalankan oleh pihak hospital; dan
  • Membudayakan ICT dikalangan kakitangan agar dapat meningkatkan produktiviti kerja.

OBJEKTIF

  • Memberikan perkhidmatan yang berteraskan teknologi maklumat yang berkualiti
  • Memastikan keselamatan terhadap perkakasan, sistem dan rangkaian ICT sentiasa terpelihara
  • Memantau perolehan ICT dan sistem aplikasi yang digunapakai oleh Hospital Lahad Datu berjalan lancar; dan
  • Memberikan latihan IT kepada warga hospital bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Unit Teknologi Maklumat adalah unit yang menguruskan semua aspek ICT hospital termasuklah pengurusan, sokongan dan khidmat nasihat teknikal bagi mencapai misi dan visi Hospital Lahad Datu sebagai salah satu hospital bertaraf ICT. Antara fungsi unit ini adalah:
  • Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan aplikasi HIS;
  • Mengurus, menyelaras dan memantau pelaksanaan aplikasi kerjaan elektronik (EG) seperti e-SPKB, e-Perolehan dan HRMIS;
  • Menguruskan keselamatan semua sistem aplikasi dan rangkaian yang dilaksanakan di hospital;
  • Mengurus, menyelenggara dan memantau rangkaian dalam hospital; dan
  • Menyediakan kepakaran dan khidmat nasihat teknikal berkaitan perisian dan peralatan ICT kepada pihak pengurusan hospital.  
En. Ardi Bin JafarKetua Unit

Contact Information

3112ardijafar@moh.gov.my
Hakcipta Terpelihara Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768
Copyright © 2020 Hospital Lahad Datu