My Top Banner

Jabatan Pediatrik

Pengenalan
  • Special Care Nursery (SCN)/Neonatal Intensive Care Unit (NICU) Unit ini terletak di Aras 1 bersebelahan dengan Dewan Bersalin. Ianya mempunyai 10 buah katil SCN dan 6 katil NICU serta 1o katil untuk ibu ‘rooming in’.
  • Wad Pediatrik (kanak-kanak) (6A) Unit ini terletak di aras 6 Hospital Lahad Datu dan bersebelahan dengan Wad kelas 1.
  • Klinik Pakar Pediatrik beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat setiap 8:00 am - 1:00 pm.
Visi
Jabatan ini menyediakan perkhidmatan rawatan bayi dan kanak-kanak yang efektif melalui kerjaberpasukan, penyayang dan profesionalisme demi pembentukan generasi yang sihat.
Misi
Untuk merealisasikan visi jabatan melalui berusaha bersama sama memberikan perkhidmatan rawatan perubatan dan pemulihan yang berkualiti dengan penglibatan ibubapa/ keluarga agar menghargai kesihatan sebagai asset paling berharga.
Objektif
  • Menyediakan perkhidmatan pengesanan awal, rawatan perubatan dan pemulihan kepada bayi dan kanak-kanak.
  • Menyemai perasaan keluargaan dikalangan anggota yang bertugas di jabatan ini.
  • Mengalakan pembelajaran berterusan dikalangan anggota jabatan.
  • Memberi pendidikan kesihatan kepada ibubapa/keluarga agar mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan anak dan keluarga.
Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Rawatan Incubator
  • Rawatan “Cot Nursing”
  • Rawatan Pengasingan
  • Rawatan Ventilasi
  • Rawatan ‘Phototherapy’
  • Rawatan Penukaran Darah ( Blood Exchange Transfusion )
  • Mengatur rawatan untuk CT Scan
  • Mengatur rujukan ke Unit lain / Hospital lain
  • Mengatur Rawatan Susulan
  • Mengajar dan membantu ibu-ibu dalam pemerahan dan pemberian susu ibu
  • Rawatan Susulan
Ketua Jabatan

Contact Information

6207
Hakcipta Terpelihara Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768
Copyright © 2020 Hospital Lahad Datu