My Top Banner

Jabatan Ortopedik

Pengenalan
Wad Male Orthopaedic / Surgical terletak di aras 4. Bersebelahan dengan Wad Pembedahan Perempuan. Pintu masuk utama berada di sebelah kanan pintu lif. Sebelum ini wad Orthopeadic dinamakan Male Ward di tempatkan di Aras 4 di mana semua Pesakit Lelaki dari disiplin Medikal, Surgikal, Orthopedic dan lain-lain digabungkan di dalam satu wad. Wad ini telah dibuka dengan rasminya untuk menempatkan pesakit Orthopeadic sahaja pada 1 hb January 2006 dan telah di gabungkan semula dengan wad Surgical pada Julai 2010. Wad Male Orthopeadic / Surgical mempunyai 28 buah katil. Skop perkhidmatan merangkumi merawat pesakit, memperbetukan kecacatan yang disebabkan oleh penyakit atau kerosakan pada tulang-tulang dan sendi-sendi skeleton ( rangka ) dan merawat pesakit selepas pembedahan.
Visi
Sentiasa memberikan Perkhidmatan Perubatan dan Perawatan Yang Efisien,Berkualiti dan Beretika Melalui Anggota Pasukan yang Terlatih dan Proaktif
Misi
  • Menyediakan Perkhidmatan Perubatan dan Perawatan kepada semua pelanggan
  • Memberi khidmat penjagaan, perawatan,penyembuhan awal kepada semua pelanggan
  • Memberikan Pendidikan Kesihatan yang berterusan dalam meningkatkan taraf kesihatan individu,keluarga dan masyarakat
  • Memupuk sifat-sifat penyayang dan profesionalisma serta semangat kerja berpasukan di kalangan semua anggota
Objektif
Memberi Perkhidmatan Berkualiti Serta Layanan Mesra Kepada Semua Pelanggan.
 
Ketua Jabatan

Contact Information

4303/ 4202
Hakcipta Terpelihara Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768
Copyright © 2020 Hospital Lahad Datu