My Top Banner

Jabatan Kecemasan & Trauma

Pengenalan
Jabatan Kecemasan beroperasi 24 jam setiap hari untuk menyediakan khidmat perubatan kecemasan kepada semua pesakit samaada kritikal atau tidak. Kami juga menyediakan perkhidmatan pra-hospital yang merangkumi khidmat ambulans untuk panggilan kecemasan dan juga untuk perpindahan pesakit ke fasiliti lain mengikut keperluan. Kami juga terlibat dalam pengendalian bencana (Community Crisis dan Mass Casualty Incidents.
Visi

Perkhidmatan kecemasan yang efisien, cemerlang dan mesra sentiasa.

Misi

Memberikan perkhidmatan kecemasan secepat mungkin bagi menyelamatkan nyawa pesakit dan mengelakkan komplikasi seterusnya memenuhi permintaan masyarakat  dan meyampaikan standard perawatan kecemasan yang cemrlang.

Objektif
  • Memberikan rawatan kecemasan awal kepada pesakit mengikut tahap keutamaan
  • Memberikan perkhidmatan ambulans dan pra hospital oleh kakitangan terlatih untuk memastikan pesakit menerima rawatan perubatan yang terbaik
  • Mengkoordinasikan dan memberikan khidmat OSCC secara holistik.
  • Memastikan pembelajaran dan latihan berterusan kepada semua kakitangan jabatan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
  • RAWATAN PRA HOSPITAL (PRE HOSPITAL CARE)
    • Jabatan Utama (Aras 2)
    • Perkhidmatan Pusat Panggilan Kecemasan (Emergency Call Center) dan Dispatch.
    • Perkhidmatan Ambulans Kecemasan.
    • Perkhidmatan Ambulans Pemindahan Interfasiliti.
    • Perkhidmatan Pasukan Perlindungan Perubatan.
    • Perkhidmatan Disaster Respond Team.
    • Perkhidmatan Pasukan Code Blue.
  • RAWATAN KECEMASAN DI HOSPITAL (HOSPITAL BASED CARE)
    • Perkhidmatan Kaunter Triage
    • Perkhidmatan Pendaftaran
    • Perkhidmatan Rawatan Kritikal (MERAH)
    • Perkhidmatan Rawatan Semi Kritikal (KUNING)
    • Perkhidmatan Rawatan Tidak Kritikal (HIJAU)
    • Perkhidmatan Wad Pemerhatian
    • Perkhidmatan Prosedur Khusus;
      1. Prosedur dan Pembedahan Kecil
      2. Splint / Plaster of Paris(POP)
      3. Rawatan asthma
      4. Dekontaminasi
      5. One Stop Crisis Centre (OSCC)

Waktu Perkhidmatan
Waktu Perkhidmatan
Dr. Muhazan bin MazlanKetua Jabatan

Contact Information

7125
Hakcipta Terpelihara Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768
Copyright © 2020 Hospital Lahad Datu