My Top Banner

Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial

Pengenalan
Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial yang terletak di aras dua Hospital Lahad Datu mula beroperasi sepenuhnya pada Mei 2014.Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial menceburkan diri dalam menyediakan perkidmatan berkualiti yang berkenaan bidang pembedahan pada muka, mulut dan tulang maksila  kepada pesakit yang dirujuk daripada klinik pergigian, klinik kesihatan berdekatan, hospital hospital lain atau dari mana-mana unit hospital ini.
Visi

Jabatan kami berazam menjadi Pusat Kecemerlangan di pantai timur Sabah yang menyediakan perkhidmatan (1) kepakaran bedah mulut dan maksilofasial yang berkualiti dan komprehensif, (2) latihan kepada pegawai-pegawai pergigian lantikan tahun pertama, (3) penyelidikan kepada pegawai-pegawai perubatan dan pergigian siswazah. Visi tersebut akan dicapai melalui anggota pasukan yang professional, cekap dan penyayang dengan menekankan maruah insan.

Misi

Berhasrat untuk menjadi Pusat Rujukan Kepakaran Bedah Mulut dan Maksilofasial di Pantai Timur Negeri Sabah yang cemerlang melalui:

  • Pewujudan perkhidmatan merangkumi perkhidmatan pesakit dalam, pesakit klinik pakar, pesakit kecemasan dengan penekanan terhadap maruah insan.
  • Perkhidmatan penggalakan, pencegahan, penyembuhan, pemulihan dan paliatif yang berkenaan penyakit di bahagian muka dan mulut.
Objektif

Untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat Sabah terutamanya rakyat sekitar Lahad Datu melalui perkhidmatan kesihatan, pengendalian, pencegahan, perawatan dan pemulihan dengan memberi penekanan kepada golongan yang tidak bernasib baik supaya kesihatan mereka dapat memenuhi kehendak pembangunan ekonomi. Perhatian adalah diberi bagi mewujudkan perpaduan negeri. 

Piagam Pelanggan
  • Setiap pesakit akan diberi perkhidmatan secara professional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
  • Keutamaan akan diberikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di jabatan kecemasan dan trauma dengan masa menunggu seperti berikut;
  • Kes Kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta merta.
  • Kes Separa Kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 30 minit.
  • Lain-lain kes (Zon Hijau) akan dirawat mengikut keutamaan keadaan pesakit.
  • Setiap pesakit akan diberi rawatan mengikut giliran dan keadaan pesakit.
  • Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.
  • Segala maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
  • Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan pesakit dan tertakluk kepada undang-undang.
  • Kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam bilik perawatan adalah bersih dan telah melalui proses pembasmian kuman.
Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Perkhidmatan Pesakit Luar
  • Perkhidmatan Pesakit Dalam
  • Perkhidmatan rawatan temujanji
  • Perkhidmatan pembedahan elektif
  • Perkhidmatan pembedahan kecemasan
  • Perkhidmatan pembedahan day care
  • Pembedahan gigi terimpak
  • Klinik penglibatan semua pakar-pakar pergigian
  • Rawatan kecacatan maksilofasial seperti pembedahan sumbing bibir dan lelangit dan pembedahan otonatik
  • Rawatan masalah sendi tulang rahang
  • Rawatan pergigian kepada pesakit dengan masalah perubatan
  • Odontologi forensik - Pemeriksaan muka dan mulut mayat untuk mengenalpasti identiti orang yang meninggal, punca dan sebab kematian
  • Kecemasan dan trauma pada kawasan maksilofasial
  • Infeksi yang melibatkan kawasan maksilofasial
  • Kanser di kawasan maksilofasial
  • Patologi mulut dan perubatan mulut
  • Perkhidmatan kes-kes rujukan perubatan mulut dari semua klinik perubatan, klinik pergigian dan hospital
  • Perkhidmatan latihan kepada pegawai pergigian lantikan tahun pertama
  • Perkhidmatan panggilan selepas waktu pejabat bagi kes-kes kecemasan.
Waktu Perkhidmatan
Waktu Perkhidmatan
Dr. Rubinderan A/L MuthusamyKetua Jabatan

Contact Information

2421dr.rubinderan@moh.gov.my
Hakcipta Terpelihara Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768
Copyright © 2020 Hospital Lahad Datu