Portal Rasmi Hospital Lahad Datu | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Pilihan Bahasa
Kalendar
Mei 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31      
Senarai Aktiviti
Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Maklumat Unit > Bahagian Klinikal > Jabatan Oftalmologi

Jabatan Oftalmologi

PENDAHULUAN


Unit Oftalmologi terletak di aras dua klinik pakar bersebelahan dengan Unit Pergigian. Unit ini mula beroperasi pada bulan Jun 2003 yang dikendalikan oleh pakar lawatan secara bergilir-gilir iaitu dari Hospital Tawau,Hospital Sandakan dan QEH Kota Kinabalu serta di bantu oleh seorang Penolong Pegawai perubatan dan seorang Penolong Jururawat, Perkhidmatan Optometri bermula pada tahun 2006 sehingga ke hari ini.

AKTIVITI - AKTIVITI


1. PEMBEDAHAN KATARAK ANJURAN NBOS
Aktiviti ini adalah pertama kali dianjur oleh badan bukan kerajaan untuk membantu pesakit yang tidak berkemampuan untuk menjalani pembedahan katarak. Aktitivi ini dibuat 2 hari dan sepatutnya dilakukan pada tahun 2014 tetapi Dewan Bedah mengalami masalah suhu, maka Ketua Jabatan Dewan Bedah mencadangkan agar ianya ditunda sehingga suhu dalam Dewan Bedah stabil. Doktor pakar yang terlibat ialah Dr. Chiang Wai Seng, pakar oftalmologi dari Hospital Duchess Of Kent Sandakan. Beliau telah membawa bersama seorang pegawai perubatan iaitu Dr Fayyaz dan 2 orang anggota jururawat. Jumlah pesakit yang menjalani pembedahan tersebut ialah :
28.01.2015 – 11 orang pesakit
29.01.2015 – 10 orang pesakit
Pada 30.01.2015 semua 21 orang pesakit diperiksa semula untuk melihat hasil pembedahan tersebut.

2. PAMERAN DAN SARINGAN PEMERIKSAAN MATA SEMPENA HARI GLAUKOMA
Pemeriksaan saringan dibuat selama 2 hari iaitu 10hb hingga 11.03.2015. Jumlah pesakit yang disaring selama 2 hari tersebut adalah seramai 36 orang. Pemeriksaan merangkumi vision akuiti, pengambil tekanan mata dan pemeriksaan slit lamp oleh doktor. Selain saringan pameran ini untuk makluman orang awam. Pada sebelah petang diadakan CME oleh doktor pakar jemputan iaitu Dr Chiang Wai Seng dari Hospital Duchess Of Kent, Sandakan

 

Carian
 
Bancian
Apakah pendapat anda tentang portal ini
Amat Baik 33% (1)
Baik 33% (1)
Boleh Diperbaiki 33% (1)
Sederhana 0% (0)
Jumlah Undian: 3
Bancian ini akan ditutup pada 2017/2/20 2:22
Komen?
Hak Cipta Terpelihara © Portal Rasmi Hospital Lahad Datu 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.