Portal Rasmi Hospital Lahad Datu | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Pilihan Bahasa
Kalendar
April 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30            
Senarai Aktiviti
Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Maklumat Unit > Bahagian Pengurusan > Unit Kerja Sosial Dan Perubatan

Unit Kerja Sosial Dan Perubatan

PENDAHULUAN


Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Lahad Datu di wujudkan pada tahun 2008. Fokus utama kewujudan unit ini ialah memberikan Perkhidmatan bantuan praktik kepada pesakit. perkhidmatan bantuan praktik lebih tertumpu kepada mendapatkan bantuan kebajikan dan kewangan bagi membolehkan pesakit menjalani rawatan dan pemulihan yang disyor oleh Pakar Perubatan atau Pegawai Perubatan. Lain-lain bantuan praktik meliputi urusan Discharge Planning dan penempatan Institusi bagi pesakit kronik yang tiada waris, tidak di terima keluarga atau keluarga tidak dapat dikesan, bantuan peralatan perubatan, pendaftaran Orang Kurang Upaya dan sebagainya. Aktiviti bantuan kebajikan juga melibatkan pengurusan pesakit bagi rawatan lanjut ke Kota Kinabalu atau Kuala Lumpur.

SUMBER MANUSIA


Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan merupakan salah satu khidmat sokongan klinikal di Hospital Lahad Datu. Ketua Unit adalah Pegawai Kerja Sosial Perubatan Gred S41 yang turut berperanan di dalam memberikan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pesakit. Sejak penubuhan unit ini pada tahun 2008, pegawai yang menjalankan perkhidmatan kerja sosial perubatan ialah Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27. Sejak 02 Februari 2015, penjawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 diganti kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan S41.

 

Carian
 
Bancian
Apakah pendapat anda tentang portal ini
Amat Baik 33% (1)
Baik 33% (1)
Boleh Diperbaiki 33% (1)
Sederhana 0% (0)
Jumlah Undian: 3
Bancian ini akan ditutup pada 2017/2/20 2:22
Komen?
Hak Cipta Terpelihara © Portal Rasmi Hospital Lahad Datu 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.