Portal Rasmi Hospital Lahad Datu | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Pilihan Bahasa
Kalendar
Disember 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31            
Senarai Aktiviti
Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Maklumat Unit > Bahagian Pengurusan > Unit Psikologi & Kaunseling

Unit Psikologi & Kaunseling

PENDAHULUAN


Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Lahad Datu mula beroperasi di hospital ini pada April 2014. Unit ini dikendalikan oleh seorang Pegawai Psikologi. Unit ini merupakan unit sokongan kepada perkhidmatan perubatan di hospital ini. Unit ini membantu dari segi pemulihan emosi dan tingkah laku pesakit yang mengalami gangguan disebabkan masalah-masalah tertentu yang dialami oleh pesakit. Unit ini terletak di Klinik Pakar, Hospital Lahad Datu dan beroperasi mengikut waktu pejabat.


Objektif


Mengurus dan menyediakan perkhidmatan Psikologi Kaunseling yang profesional dan beretika sebagai kesinambungan kepada kempen penjagaan kesihatan sepanjang hayat yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

a) Menyediakan, mempertingkatkan serta memperbaiki perkhidmatan psikologi Kaunseling dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan pelanggan
b) Memberikan kesedaran kepada anggota masyarakat dan anggota kesihatan berkenaan kepentingan penjagaan emosi untuk kesihatan diri yang berterusan
c) Mambantu jabatan dalam usaha pengupayaan kendiri dikalangan anggota kesihatan di hospital ini.


Visi
Unit Psikologi Kaunseling akan memberi Perkhidmatan Psikologi Kaunseling yang berkualiti, mesra, berhemah dan profesional bagi memenuhi kehendak pelanggan.


Misi
Berusaha mewujudkan masyarakat yang mempunyai emosi yang mampan dan mampu menyelesaikan sebarang kesulitan yang dialami. teras kepada penjagaan emosi masyarakat dan pembangunan modal insan anggota kesihatan.

SKOP PERKHIDMATAN


1. Menjalankan perkhidmatan psikologi kaunseling
        a. Kaunseling Individu
        b. Kaunseling Kelompok
        c. Kaunseling Keluarga
2. Intervensi Psikososial dikalangan anggota kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia
a. Menjalankan kursus-kursus berkaitan untuk membantu anggota kesihatan memperbaiki diri dan seterusnya dapat memperbaiki mutu perkhidmatan.

 

Carian
 
Bancian
Apakah pendapat anda tentang portal ini
Amat Baik 33% (1)
Baik 33% (1)
Boleh Diperbaiki 33% (1)
Sederhana 0% (0)
Jumlah Undian: 3
Bancian ini akan ditutup pada 2017/2/20 2:22
Komen?
Hak Cipta Terpelihara © Portal Rasmi Hospital Lahad Datu 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.