Portal Rasmi Hospital Lahad Datu | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Pilihan Bahasa
Kalendar
Jun 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30  
Senarai Aktiviti
Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Maklumat Unit > Bahagian Sokongan > Jabatan Patologi

Jabatan Patologi

PENDAHULUAN
Jabatan Patologi dan Unit Perubatan Transfusi Hospital Lahad Datu mula beroperasi pada 1 Oktober 2002 yang mana jabatan ini merupakan unit sokongan kepada unit-unit klinikal antaranya Jabatan Kecemasan, Wad Perubatan, Klinik Pakar dan lain-lain lagi. Jabatan ini terletak di aras 3 Hospital Lahad Datu, bersebelahan dengan Unit Pentadbiran dan bertentangan dengan Jabatan Farmasi (Pesakit Dalam). Pada peringkat permulaan, jabatan ini masih menggunakan sistem manual iaitu dengan penggunaan borang PER-PAT untuk permintaan ujian-ujian makmal.Walaubagaimanapun, pada Jun 20004, Jabatan Patologi dan Unit Perubatan Transfusi telah memulakan perkhidmatan secara dalam
talian (LAN) dengan pelaksanaan Laboratory Information System (LIS) dan Blood Transfusion Information System (BTIS). Sejak dari itu, perkhidmatan jabatan ini terus berkembang sehinggalah penawaran ujian mikrobiologi (Culture & Sensitivity) pada tahun 2008 dan ujian saitologi iaitu Pap Smear Screening pada tahun 2010. Pada tahun yang sama, Jabatan Patologi dan Unit Perubatan Transfusi telah menerima pengiktirafan persijilan 5S dan akreditasi buat kali pertama. Dewan bersalin dibuka dengan rasminya pada 01/04/2002 dan mempunyai 8 buah katil.

OBJEKTIF JABATAN
JABATAN PATOLOGI
1. Menyediakan perkhidmatan ujian diagnostik yang efektif, efisien dan komprehensif kepada klien seperti mana yang telah dinyatakan dalam polisi operasi jabatan.
2. Memastikan skop, standard dan kebolehan jabatan ini ditahap yang terbaik bagi keperluan klien dengan teknologi bersesuaian yang dapat
menjimatkan kos.
3. Menjalankan kajian dan melaporkan kepada pihak atasan bagi perkembangan jabatan.
4. Membantu anggota klinikal dalam memberi tunjuk ajar terhadap ujian yang ditawarkan di jabatan ini bagi melancarkan perkhidmatan yang telah disediakan.

UNIT PERUBATAN TRANSFUSI
1. Membekalkan darah dan komponen darah dengan berkesan dan selamat.
2. Memastikan bekalan darah yang mencukupi untuk keperluan pesakit.
3. Menggalakkan bilangan Penderma Darah Sukarela

VISI
Jabatan Patologi
Menyediakan perkhidmatan patologi yang efektif, cepat dan tepat kepada pesakit berlandaskan sistem pengurusan berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan.


Unit Perubatan Transfusi
Menyediakan perkhidmatan pembekalan darah yang mencukupi dan selamat kepada pesakit berlandaskan sistem kualiti yang memenuhi kepuasan pelanggan.

MISI
Jabatan Patologi
Perkhidmatan Jabatan Patologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta profesionalisma demi kecermelangan rawatan pesakit.


Unit Perubatan Transfusi
Perkhidmatan Unit Perubatan Transfusi akan menjadi satu unit perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan berteraskan budaya kualiti dan kerja berpasukan serta profesionalisma demi kecemerlangan rawatan pesakit.

PERKHIDMATAN
Skop perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Patologi terbahagi kepada lima bahagian iaitu:
a. Patologi Kimia
b. Klinikal (Urinalisis)
c. Hematologi
d. Mikrobiologi Perubatan
e. Histopatologi/Sitologi

 

Carian
 
Bancian
Apakah pendapat anda tentang portal ini
Amat Baik 33% (1)
Baik 33% (1)
Boleh Diperbaiki 33% (1)
Sederhana 0% (0)
Jumlah Undian: 3
Bancian ini akan ditutup pada 2017/2/20 2:22
Komen?
Hak Cipta Terpelihara © Portal Rasmi Hospital Lahad Datu 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.