Unit Hemodialisis
PENDAHULUAN
Pentadbiran Unit satelite Hemodialisis Hospital Lahad Datu adalah dilakukan oleh Penolong Pegawai Perubatan Kanan Yang Menjaga dibawah pengawasan sepenuhnya oleh Pengarah Hospital Dr.Tan Hee Ting dan Pakar Perubatan serta diawasi dari semasa kesemasa oleh Ketua Jabatan Nephrologi Hospital Queen Elizabeth Dr. Wong Koh Wei. Pakar Nefrologi daripaada Hospital Queen Elizabeth datang melawat ke pusat rawatan ini Empat bulan sekali untuk membuat pemeriksaan susulan para pesakit di daerah ini. Program perawatan hemodialisis pesakit dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat Terlatih yang telah menjalani Kursus Posbasik Perawatan Renal.
SKOP PERKHIDMATAN
• Perkhidmatan Kaunter.
• Perkhidmatan mesra pelanggan.
• Perkhidmatan Rawatan Hemodialisis untuk pesakit luar
• Perkhidmatan Rawatan Hemodialisis untuk pesakit dalam
• Perkhidmatan Klinik Lawatan Pakar Nefrologi 4 bulan sekali.
• Program kaunseling dan pendidikan kesihatan terhadap pesakit, keluarga pesakit atau penjaga dan kakitangan Hospital Lahad Datu.
• Program khidmat nasihat untuk kakitangan unit hemodialisis, di daerah Lahad Datu.
• Perkhidmatan bimbingan dan nasihat berhubung persediaan dan pemeriksaan yang perlu dilakukan bagi pesakit yang akan menjalani “Renal Transplant”