Portal Rasmi Hospital Lahad Datu | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Pilihan Bahasa
Kalendar
Disember 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31            
Senarai Aktiviti
Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Maklumat Unit > Bahagian Klinikal > Jabatan Bedah Mulut

Jabatan Bedah Mulut

PENDAHULUAN
Jabatan Bedah Mulut, Hospital LahadDatu, mula beroperasi sepenuhnya pada bulanMei tahun 2014.Pada bulan Ogos tahun 2015 ketiadaan pakar yang tetap di mana pakar bedah mulut telah berpindah ke Jabatan Pakar Bedah Mulut Hospital Tawau dan Jabatan Bedah Mulut, Hospital Lahad Datu kini hanya dilawati oleh pakar bedah mulut 6 kali sebulan. Kini beroperasi dengan sepenuhnya dengan dianggotai seramai lapan orang (2) orang Pegawai Pergigian, (1) orang Jururawat Pergigian, (2) orang Juruteknologi Pergigian dan (3) Pembantu Pembedahan Pergigian. Jabatan Bedah Mulut adalah sebahagian daripada Hospital Lahad Datu yang memberi perkhidmatan pembedahan mulut kepada penduduk di kawasan Lahad Datu dan KawasanFeldaTungku. Rawatandiberikan kepada kanak- kanak hingga pesakit dewasa. Ia terletak di aras 2, bangunan Klinik Pakar Hospital Lahad Datu.

FUNGSI - FUNGSI
Jabatan Bedah Mulut menerima rujukan, merawat dan mengendalikan kes – kes pembedahan pergigian yang dirujuk dari pusat pergigian dan perubatan swasta dan kerajaan. Selain daripada itu, jabatan ini juga memberi perkhidmatan pembedahan untuk kes – kes trauma seperti kecederaan tisu lembut, patah tulang maksilofasial, kanser mulut, kes – kes ketumbuhan benign di tulang rahang seperti sista dan kes – kesimplan gigi.


Pengendalian Klinik Pakar Bedah Mulut :-
• Menyediakan rawatan pesakit Luar dan pesakit dalam Wad.
• Pembedahan Mulut Major dan Minor.
• Pembuatan “ Prosthesis ” maksilofasial dan mulut.
• Kes – kes Forensik untuk penentuan umur.
• Perkhidmatan pengambilan specimen.
• Pengambilan X – ray Peri Apical dan Oklusal.
• Rawatan kepada pesakit sumbing.
• Rawatan trauma tulang muka.

 

Carian
 
Bancian
Apakah pendapat anda tentang portal ini
Amat Baik 33% (1)
Baik 33% (1)
Boleh Diperbaiki 33% (1)
Sederhana 0% (0)
Jumlah Undian: 3
Bancian ini akan ditutup pada 2017/2/20 2:22
Komen?
Hak Cipta Terpelihara © Portal Rasmi Hospital Lahad Datu 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.