Portal Rasmi Hospital Lahad Datu | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Pilihan Bahasa
Kalendar
Jun 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30  
Senarai Aktiviti
Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Maklumat Unit > Bahagian Klinikal > Jabatan Pediatrik & Neonatal

Jabatan Pediatrik & Neonatal

PENDAHULUAN
1. Special Care Nursery (SCN)/Neonatal Intensive Care Unit (NICU) Unit ini terletak di Aras 1 bersebelahan dengan Dewan Bersalin. Ianya mempunyai 10 buah katil SCN dan 6 katil NICU serta 1o katil untuk ibu ‘rooming in’
2. Wad Pediatrik (kanak-kanak) (6A) Unit ini terletak di aras 6 Hospital Lahad Datu dan bersebelahan dengan Wad kelas 1.
3. Klinik Pakar Pediatrik Beroperasi setiap hari isnin hingga jumaat setiap 8pagi-1 petang.

VISI
Jabatan ini menyediakan perkhidmatan rawatan bayi dan kanak-kanak yang efektif melalui kerjaberpasukan, penyayang dan profesionalisme demi pembentukan generasi yang sihat.


MISI
Untuk merealisasikan visi jabatan melalui berusaha bersama sama memberikan perkhidmatan rawatan perubatan dan pemulihan yang berkualiti dengan penglibatan ibubapa/ keluarga agar menghargai kesihatan sebagai asset paling berharga.

OBJEKTIF
1. Menyediakan perkhidmatan pengesanan awal, rawatan perubatan dan pemulihan kepada bayi dan kanak-kanak.
2. Menyemai perasaan keluargaan dikalangan anggota yang bertugas di jabatan ini
3. Mengalakan pembelajaran berterusan dikalangan anggota jabatan
4. Memberi pendidikan kesihatan kepada ibubapa/keluarga agar mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan anak dan keluarga.


RAWATAN YANG DISEDIAKAN
1. Rawatan Incubator
2. Rawatan “Cot Nursing”
3. Rawatan Pengasingan
4. Rawatan Ventilasi
5. Rawatan ‘Phototherapy’
6. Rawatan Penukaran Darah ( Blood Exchange Transfusion )
7. Mengatur rawatan untuk CT Scan

8. Mengatur rujukan ke Unit lain / Hospital lain
9. Mengatur Rawatan Susulan
10. Mengajar dan membantu ibu-ibu dalam pemerahan dan pemberian susu ibu
11. Rawatan Susulan

PERKHIDMATAN
1. Fungsi utama jabatan adalah untuk memberi keperluan Penilaian Diagnosa, Rawatan perubatan, Jagaan Perawatan Kejururawatan Dan Rehabilitasi kepada bayi baru lahir sehingga 27 hari yang memerlukan jagaan di SCN/NICU dan kanak-kanak yang berumur dibawah 12 tahun di wad pediatrik.
2 . Perawatan merangkumi rawatan bagi pesakit-pesakit Medikal, Penyakit berjangkit, Orthopedik, Surgikal dan pesakit yang memerlukan perawatan paliatif. Bagi unit SCN/NICU juga menerima kes-kes yang memerlukan rawatan ventilasi daripada wad paediatrik sekiranya Unit Rawatan Rapi tidak dapat menampung pesakit. Selain itu pesakit dari sekitar Lahad Datu, Unit ini juga menerima kes-kes rujukan yang memerlukan sokongan ventilasi dari hospital lain seperti Hospital Tawau, Hospital Semporna, Hospital Kunak, Hospital Kinabatangan, Hospital Sandakan dan Hospital Beluran.

3. Perkhidmatan unit berjalan 24 jam sehari.
4 . Menjalankan Promosi Kesihatan kepada pesakit , ibubapa/penjaga/ahli keluarga pesakit dengan memberikan pendidikan kesihatan secara individu atau secara berkumpulan.
5. Memberi khidmat immunisasi kepada bayi yang belum diberi imunisasi semasa lahir dan kanak-kanak yang tercicir dari jadual imunasasi jika tiada kontraindikasi.
6. Menyokong dan mengekalkan status hospital “Baby Friendly”
7. Membuat rujukan untuk rawatan selanjutnya ke hospital-hospital lain seperti rujukan ke Hospital Wanita & kanak-kanak Likas Kota Kinabalu ataupun rawatan susulan pesakit ke Klinik Kesihatan.
8. Membuat rujukan kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan untuk Kes-kes bayi dan kanak-kanak yang perlu seperti Kes bayi yang ditinggalkan, kes Dera kanak-kanak dan Kes Rogol kanak-kanak.

 

Carian
 
Bancian
Apakah pendapat anda tentang portal ini
Amat Baik 33% (1)
Baik 33% (1)
Boleh Diperbaiki 33% (1)
Sederhana 0% (0)
Jumlah Undian: 3
Bancian ini akan ditutup pada 2017/2/20 2:22
Komen?
Hak Cipta Terpelihara © Portal Rasmi Hospital Lahad Datu 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.