Portal Rasmi Hospital Lahad Datu | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Pilihan Bahasa
Kalendar
Jun 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30  
Senarai Aktiviti
Media Sosial
FacebookFeed

Pembedahan Am

PENDAHULUAN

Jabatan Pembedahan Am telah dibentuk sejak hospital mula beroperasi pada tahun 2002, Jabatan ini memberi perkhidmatan kepada pesakit dalam dan pesakit luar. Wad pesakit dalam terletak di aras 4 dimana pesakit lelaki ditempatkan di Wad 4A manakala pesakit perempuan ditempatkan di Wad 4B . Ia juga bertanggung jawab dalam merawat pesakit pembedahan kanak-kanak yang mana mereka juga ditempatkan di dalam Wad Perubatan kanak-kanak 6A. Jabatan Pembedahan Am ini ditakbir oleh Pakar Bedah yang dibantu oleh beberapa Pegawai Perubatan yang ditempatkan di dalam jabatan ini.

OBJEKTIF
Untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan yang memerlukan khidmat dan rawatan berkaitan pembedahan yang berkesan berteraskan nilai budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

VISI
• Memberi perkhidmatan pembedahan yang komprehensif melalui aspek- aspek penggalakkan, pencegahan dan pemulihan termasuk rawatan palliative.
• Memberi pendidikan kesihatan yang berterusan dalam meningkatkan tarafk esihatan individu, keluarga dan masyarakat.
• Memupuk sifat-sifat dan profesionalisme serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan semua anggota.

MISI
Menjadi pusat rujukan pembedahan yang menyediakan perkhidmatan yang komrprehensif dan berkualiti serta beretika melalui anggota yang terlatih dan proaktif.

PERKHIDMATAN
Skop perkhidmatan terbahagi kepada :
1. Perkhidmatan Pesakit Luar.]
Penjagaan perawatan bagi kes ulangan dan menerima rujukan dari Jabatan Pesakit Luar atau dari Pusat Kesihatan yang berdekatan.
2. Perkhidmatan Pesakit Dalam ( Wad )
Memberi perkhidmatan dari segi penjagaan rawatan dan kejururawatan serta pemantauan yang berterusan ke atas pesakit.

 

Carian
 
Bancian
Apakah pendapat anda tentang portal ini
Amat Baik 33% (1)
Baik 33% (1)
Boleh Diperbaiki 33% (1)
Sederhana 0% (0)
Jumlah Undian: 3
Bancian ini akan ditutup pada 2017/2/20 2:22
Komen?
Hak Cipta Terpelihara © Portal Rasmi Hospital Lahad Datu 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.