Portal Rasmi Hospital Lahad Datu | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Pilihan Bahasa
Kalendar
Ogos 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31    
Senarai Aktiviti
Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Maklumat Unit > Bahagian Pengurusan > Unit Pentadbiran & Perkhidmatan

Unit Pentadbiran & Perkhidmatan

OBJEKTIF

Memastikan khidmat pentadbiran berjalan dengan lancar dan mengikut peraturan Menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawai dan kakitangan di Jabatan Pentadbiran  supaya teratur dan kemas kini Menyediakan persekitaran kerja yang selesa dan memuaskan.


UNIT PENTADBIRAN

Unit ini bertanggungjawab melaksanakan kegiatan-kegiatan pengurusan pentadbiran Jabatan. Antara tugas yang dikendalikan ialah:

  • menyediakan kemudahan dan kelengkapan pejabat semua bahagian.
  • menyediakan sistem telekomunikasi yang cekap dan berkesan di dalam Jabatan.
  • menyelenggara mesin-mesin, kenderaan dan harta modal yang lain dengan teratur dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
  • memastikan surat-surat disalurkan kepada semua bahagian dengan cepat dan terkini.
  • mengemaskinikan rekod cuti rehat, cuti sakit, dan cuti lain dalam buku perkhidmatan.
  • menyelenggara dan mengemaskinikan segala rekod penerimaan dan pengeluaran barang kegunaan jabatan dari semasa ke semasa.
  • unit ini juga tertakluk kepada akta dan juga pekeliling-pekeliling yang telah ditetapkan.

UNIT PERKHIDMATAN

Unit ini bertanggungjawab melaksanakan kegiatan-kegiatan pengurusan perkhidmatan Jabatan. Antara tugas yang dikendalikan ialah:

  • merancang, mencadangkan, menyusun dan menyediakan suatu struktur organisasi yang sesuai dengan sistem pengurusan moden.
  • memeriksa, mengawal dan membuat perubahan (di mana-mana perlu) kepada struktur organisasi dan perjawatan yang dikemukakannya kepada pihak-pihak tertentu untuk kelulusan.
  • berhubung dengan pihak ibu pejabat mengenai keperluan kakitangan
  • menyediakan justifikasi bagi mewujudkan jawatan menurut kriteria yang ditetapkan.
  • mengkaji, merangka dan mendapatkan pengiktirafan atau kelulusan pihak-pihak tertentu terhadap sesuatu norma perjawatan untuk memperkemas dan mengukuhkan hujah dalam memohon sesuatu jawatan atau kumpulan jawatan.
  • menyelaraskan penyediaan anggaran perjawatan bagi memenuhi keperluan kakitangan Jabatan.
  • menguruskan perkara latihan kakitangan termasuk biasiswa bagi kakitangan Jabatan. 
 

Carian
 
Bancian
Apakah pendapat anda tentang portal ini
Amat Baik 33% (1)
Baik 33% (1)
Boleh Diperbaiki 33% (1)
Sederhana 0% (0)
Jumlah Undian: 3
Bancian ini akan ditutup pada 2017/2/20 2:22
Komen?
Hak Cipta Terpelihara © Portal Rasmi Hospital Lahad Datu 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.