Portal Rasmi Hospital Lahad Datu | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Pilihan Bahasa
Kalendar
Mac 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31  
Senarai Aktiviti
Media Sosial
FacebookFeed

Unit Kewangan

PENDAHULUAN

Unit Kewangan dan Akaun merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab di dalam Pengurusan Kewangan, Akaun dan Kutipan Hasil di Hospital Lahad Datu . Unit ini berfungsi di dalam menguruskan Belanjawan Hospital, Waran Peruntukan, Pesanan Kerajaan,Waran udara kakitangan dan pesakit , Pembayaran Bil, Elaun Lebih Masa , Tuntutan Perjalanan kakitangan (mesyuarat/kursus dan lain - lain), Pengurusan Gaji, Pungutan Hasil serta mengikut Arahan dan Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa. Objektif unit adalah untuk melaksanakan satu Sistem Pengurusan Kewangan dan Akaun yang cekap, kemas, berkesan dan amanah bagi menyokong dan menyelaras usaha-usaha pelbagai program dan aktiviti Hospital.

Fungsi - fungsi utama Unit Kewangan dan Akaun adalah seperti berikut :-

1. Pengurusan Akaun
• Menguruskan pembayaran secara elektronik melalui sistem eSPKB bagi Bil-Bil, Perkhidmatan Kontrak, Tuntutan serta Elaun-Elaun dalam Perkhidmatan Awam.
• Menyedia dan menyelaras Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan.
• Memantau Prestasi Perbelanjaan dan penyediaan Laporan-Laporan Kewangan.


2. Pengurusan Gaji
• Bertanggungjawab mengurus Pembayaran Gaji dan Elaun kakitangan Hospital.
• Menyediakan Perubahan Gaji, menyemak dan membuat pengesahan Potongan Gaji.


3. Pengurusan Kewangan
• Menguruskan pengeluaran Pesanan Tempatan bagi Pembelian Terus dan Perolehan Sebutharga di peringkat hospital.
• Menguruskan permohonan Pinjaman Perumahan, Kenderaan dan Komputer.
• Menguruskan pembayaran Elaun Lebih Masa, EKLWBB, Pembedahan Elektif dan Lokum.


4. Pengurusan Hasil
• Menguruskan semua Pungutan dan Penerimaan Hasil Hospital.
• Penyediaan Laporan Bulanan dan Tahunan hasil.
• Pengurusan Tunggakan Hasil dan ABT

 

 

Carian
 
Bancian
Apakah pendapat anda tentang portal ini
Amat Baik 33% (1)
Baik 33% (1)
Boleh Diperbaiki 33% (1)
Sederhana 0% (0)
Jumlah Undian: 3
Bancian ini akan ditutup pada 2017/2/20 2:22
Komen?
Hak Cipta Terpelihara © Portal Rasmi Hospital Lahad Datu 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.