Portal Rasmi Hospital Lahad Datu | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Pilihan Bahasa
Kalendar
Jun 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30  
Senarai Aktiviti
Media Sosial
FacebookFeed

Berita & Artikel > Info Kesihatan > Tepuk tangan manfaatkan kesihatan

Tepuk tangan manfaatkan kesihatan

TEPUK tangan merupakan respons spontan tubuh terhadap perkara-perkara baik seperti memberi penghargaan, menunjukkan rasa hormat dan tanda berpuas hati.

Bagaimanapun, siapa sangka bertepuk tangan boleh memberi manfaat positif untuk kesihatan fizikal dan mental.

Menurut perunding perubatan Ayurveda dari Hospital Rishi, India, Rahul Dogra, bertepuk tangan bukan sahaja dapat membantu melancarkan peredaran darah, malah meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

Katanya, ketika bertepuk tangan, 28 titik tekanan pada tapak tangan membantu saraf yang berhubung dengan organ-organ tubuh seperti hati, jantung dan paru-paru mendapat stimulasi atau rangsangan.

“Gerakan sederhana tepuk tangan selama 20 hingga 30 minit meningkatkan peredaran darah dalam badan. Ia secara tidak langsung membuatkan tubuh menjadi lebih bertenaga. Ini kerana, aliran oksigen ke seluruh tubuh menjadi lebih lancar,” katanya.

Tambah Dogra, bertepuk tangan juga bagus buat individu dengan masalah tekanan darah rendah kerana meningkatkan aliran darah membantu menstabilkan tekanan ke tahap normal.

“Gearakan tepuk tangan juga baik untuk pesakit artritis atau radang sendi dengan membantu melegakan rasa sakit pada sendi, punggung dan leher,” ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content ... g=ke_02.htm#ixzz4Wkc3WZQW
Hakcipta terpelihara
 

Navigasi Artikel
Previous article Tepuk tangan manfaatkan kesihatan Obesiti Virus Segala Penyakit Kronik Next article
Carian
 
Bancian
Apakah pendapat anda tentang portal ini
Amat Baik 33% (1)
Baik 33% (1)
Boleh Diperbaiki 33% (1)
Sederhana 0% (0)
Jumlah Undian: 3
Bancian ini akan ditutup pada 2017/2/20 2:22
Komen?
Hak Cipta Terpelihara © Portal Rasmi Hospital Lahad Datu 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.