Portal Rasmi Hospital Lahad Datu | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Pilihan Bahasa
Kalendar
Mei 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31      
Senarai Aktiviti
Media Sosial
FacebookFeed

Berita & Artikel > Info Kesihatan > 6 Perkara Ini Akan Terjadi Jika Kita Amalkan Minum Teh Hijau Setiap Hari

6 Perkara Ini Akan Terjadi Jika Kita Amalkan Minum Teh Hijau Setiap Hari

Bila terlebih makan barulah kita mula mencari teh hijau kerana teringat akan khasiatnya yang mampu membakar kalori. Ini kerana setiap satu satu cawan teh hijau lebih kurang 150 ml, boleh membakar 25-30 kalori, dan setiap 250 ml minuman ini mampu meluruhkan 40 kalori.

 Namun hakikatnya manfaat teh hijau bukan setakat itu saja. Terdapat banyak kelebihan teh ini dan atas sebab itu ia disaran untuk menggantikan minuman berkafein tinggi yang tidak baik untuk kesihatan.

Teh hijau mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan khasiatnya tidak sekadar menyihatkan tubuh, kulit dan rambut malah berupaya menghalang pertumbuhan sel kanser.

Sekiranya anda mengamalkan minum teh hijau, enam perkara berikut juga akan berlaku pada tubuh.

1. Lebih bertenaga

Teh hijau memiliki kafein yang membakar lebihan kalori sekaligus memberi tambahan tenaga.  

2. Lebih relaks

Selain antioksidan, teh hijau mengandungi Theanine yang membantu mengurangkan perasaan stres dan cemas. Malah amalan minum teh hijau setiap hari akan membantu anda untuk berasa lebih relaks dan tenang.

3. Memori lebih tajam

Dalam jangka pendek, satu atau dua cawan teh hijau sehari dikatakan meningkatkan perhubungan sel-sel otak yang berkait dengan memori.

4. Membantu menurunkan berat badan

Minum teh hijau sebelum bersenam bukan saja memberi tambahan tenaga tapi juga meningkatkan  metabolisme tubuh.

5. Jarang sakit

Setiap cawan teh hijau mengandungi antioksidan yang fungsinya meningkatkan sistem imuninasasi. Jika ditambah dengan perahan lemon pula ia membolehkan khasiat ini diserap lebih baik oleh tubuh.

6. Kulit makin mulus

Minum teh hijau melindungi kulit dari radikal bebas dan mengurangkan kerosakan kulit akibat sinar matahari. Sementara daun teh hijau juga berguna untuk meredakan jerawat yang timbul pada wajah.

Melihat akan senarai manfaat teh hijau, ada baiknya kita mulakan rutin minum teh ini secepatnya.

sumber:http://www.nona.my/cantik/kesihatan-p ... ijau-setiap-hari-1.604157

 

Navigasi Artikel
Previous article Tepuk tangan manfaatkan kesihatan Obesiti Virus Segala Penyakit Kronik Next article
Carian
 
Bancian
Apakah pendapat anda tentang portal ini
Amat Baik 33% (1)
Baik 33% (1)
Boleh Diperbaiki 33% (1)
Sederhana 0% (0)
Jumlah Undian: 3
Bancian ini akan ditutup pada 2017/2/20 2:22
Komen?
Hak Cipta Terpelihara © Portal Rasmi Hospital Lahad Datu 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.