My Top Banner

Visi, Misi & Objektif

VISI
 
Hospital Lahad Datu akan menjadi sebuah pusat perawatan utama di daerah ini melalui sistem kesihatan yang adil, saksama, cekap, tersedia dengan berteknologi sesuai, serasi pelanggan serta mengutamakan kualiti, inovasi dan hormat kepada kemuliaan insan ke arah peningkatan mutu kehidupan.


MISI

Merangsang dan memudahkan rakyat mencapai kesihatan sepenuhnya serta menghargai kesihatan dan mengambil sikap positif untuk menikmati kualiti hidup yang lebih bermutu. Membekalkan perkhidmatan yang berkualiti oleh anggota - anggota hospital yang terlatih melalui amalan budaya kerja berpasukan, profesionalisma dan penyayang. Membolehkan pesakit bersama bertanggungjawab ke atas kepentingan kesihatan sebagai aset yang berharga melalui aktiviti pendidikan kesihatan yang berkesan.

 

OBJEKTIF

Hospital Lahad Datu akan menjadi sebuah pusat perawatan yang utama di daerah ini dengan menyediakan kemudahan rawatan sekunder dan rehabilitasi yang cekap dan bermutu tinggi agar individu dapat mencapai tahap kesihatan yang maksima dengan menikmati kehidupan yang lebih sempurna.

Hakcipta Terpelihara Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768
Copyright © 2020 Hospital Lahad Datu