My Top Banner

Jabatan Radiologi

Pengenalan

Jabatan Radiologi merupakan satu jabatan sokongan klinikal yang menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik termasuk prosedur-prosedur terapeutik invasif tertentu untuk pesakit dalam, pesakit luar, pesakit rawatan harian dan pesakit dari jabatan kecemasan hospital lahad datu. Perkhidmatan ini juga merangkumi pesakit-pesakit dari klinik dan hospital lain.

Lokasi Jabatan Radiologi

Image

Waktu Operasi Jabatan Radiologi

Image
Visi

Jabatan radiologi akan menjadi pusat perkhidmatan perubatan yang cemerlang melalui tenaga kerja yang bertanggungjawab dan berkemahiran terkini

Misi
Jabatan radiologi akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan berdasarkan kepada tiga element utama budaya korporat seiring penglibatan masyarakat:
  • Perkhidmatan penyayang
  • Kerja berpasukan
  • Profesionalisme

 

Objektif

Objektif utama Jabatan radiologi adalah menyediakan perkhidmatan diagnostik yang efektif, serta perkhidmatan kecemasan yang cepat dan bermutu tinggi

Perkhidmatan Yang Disediakan
  • RADIOGRAFI AM. DIJALANKAN DI :
    • Jabatan Utama (Aras 2)
  • PERKHIDMATAN PEMERIKSAAN MUDAH GERAK
    • Perkhidmatan radiografi mudah gerak untuk pesakit tenat di wad-wad, icu, nicu, forensik, dan jabatan kecemasan.
    • Perkhidmatan radiografi mudahgerak untuk mayat di bilik mayat
    • Perkhidmatan ultrasound mudah gerak untuk pesakit tenat di wad-wad, ICU dan NICU,
 
  • COMPUTERISED TOMOGRAPHIC SCAN
    • Beroperasi di bangunan CT Scan (aras 1)
    • Pemeriksaan dilakukan berdasar sistem temujanji untuk kes-kes elektif.
    • Perkhidmatan 24 jam bagi pemeriksaan kes-kes kecemasan seperti kes trauma dan kes tenat seperti stroke.
  • PEMERIKSAAN ULTRASOUND/DOPPLER
    • Dijalankan di bangunan ct scan
    • Pemeriksaan dilakukan berdasarkan sistem temujanji untuk kes-kes elektif
    • Perkhidmatan 24 jam bagi pemeriksaan kes-kes kecemasan
  • PERKHIDMATAN SELEPAS WAKTU PEJABAT (ON CALL)
    • Radiografi am dilakukan di jabatan utama 24 jam sehari.
    • CT Scan dilakukan di bangunan ct scan 24 jam sehari atas panggilan
    • Ultrasound dilakukan di bangunan ct scan 24 jam sehari atas panggilan.
Hakcipta Terpelihara Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768
Copyright © 2020 Hospital Lahad Datu