My Top Banner

Jabatan Farmasi

Pengenalan
Jabatan Farmasi merupakan salah satu dari perkhidmatan Sokongan Klinikal yang terdapat di Hospital Lahad Datu. Berusaha dan menawarkan untuk memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua pelanggan melalui perkhidmatan cemerlang, pendidikan dan kajian berterusan. Jabatan Farmasi juga komited dalam memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang berkesan, selamat dan berkualiti dalam berbagai bidang farmakoterapi dan akan terus melaksanakan transformasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan melalui cetusan idea kreatif dan inovatif bagi memudahkan akses pesakit kepada pengubatan rawatan pesakit luar dan pesakit dalam wad.
Skop amalan perkhidmatan adalah selaras dengan halatuju yang digariskan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Rujukan Utama amalan Farmasi di Hospital Lahad Datu adalah Dasar Ubat Nasional (DUNAS), Akta dan Peraturan, Kawalan Arahan Pentadbiran, dasar dan Polisi Operasi yang dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan Kementerian Kesihatan.
Visi
  • Menerima arahan dan kepimpinan dalam semua perkara yang melibatkan kegiatan untuk menjamin pembentukan masyarakat Malaysia yang sihat.
  • Memberi sumbangan yang dapat memberi kekayaan Negara melalui peningkatan taraf kesihatan rakyat.
Misi
  • Berusaha untuk memberi penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua pelanggan melalui perkhidmatan yang cemerlang, pendidikan, kajian berterusan dan nasihat mengenai penggunaanya secata rasional.
Objektif
  • Memastikan semua bekalan ubat, bukan ubat dan gas perubatan yang dibekalkan adalah selamat, bermutu dan kos efektif kepada pesakit disamping menerapkan ciri-ciri penjagaan Farmaseutikal kepada pesakit.
Perkhidmatan Yang Disediakan
Perkhidmatan Farmasi Ambulatori:
Menyediakan perkhidmatan farmasi ambulatori dan kepada semua pelanggan ambulatori seperti jabatan kecemasan dan trauma, Klinik Pakar Lawatan, Klinik Kesihatan berdekatan, pesakit discaj dari wad dan pesakit rawatan harian.
Melaksanakan perkhidmatan farmasi ambulatory seperti dibawah berdasarkan akta, peraturan, polisi, garis panduan atau protokol yang ditetapkan.
  • Pendispensan ubat
  • Pendispensan Dadah Merbahaya & bahan psikotropik
  • Sediaan Ektemporanus
  • Pra-pembungkusan (pre-packing) kebentuk pek pengguna (consumer pack)
  • Kaunseling ubat-ubatan dan pendidikan kepada pesakit luar.
  • Medication therapy Adherence Clinic ( MTAC)
  • Perkhidmatan maklumat Ubat (Drug Information Service)
  • Promosi Kesihatan dan Pendidikan Pesakit
  • Pemantauan Kesan Advers Ubat (ADR)
  • Pemantauan Kesilapan Pengubatan (Medication Error) yang berlaku
  • Perkhidmatan Tambah Nilai (Value Added System) bagi memudahkan pembekalan ubat kepada pelanggan mengikut pilihan yang dikehendaki oleh pelanggan iaitu:-
  • Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) - Membolehkan pelanggan mendapatkan bekalan ubat-ubatan susulan di fasiliti KKM di seluruh Negara yang dipilih oleh pelanggan.
  • Kad Temujanji - Membolehkan pelanggan mendapatkan bekalan ubat-ubatan melalui temujanji yang telah ditetapkan terlebih dahulu.
  • Letak dan Ambil - Pelanggan hanya perlu meletakkan preskripsi di tempat yang telah disediakan dan mengambil bekalan ubat 2 jam kemudian, tanpa perlu menunggu di kaunter.
  • Farmasi Pandu Lalu - Membolehkan pelanggan mendapatkan bekalan ubat-ubatan susulan di Kaunter Pandu Lalu secara temujanji tanpa perlu turun dari kenderaan.
FARMASI PESAKIT DALAM
Menyediakan perkhidmatan farmasi kepada semua pelanggan bekalan wad seperti Jabatan kecemasan dan Trauma, Wad, Unit Haemodialisis, Klinik Pakar, Dewan Bersalin, Dewan Bedah dan Unit Rawatan Harian, Unit Radiologi dan lain-lain.

Perkhidmatan Farmasi Bekalan Wad

  • Membekal ubat-ubatan kepada unit pengguna di Hospital Lahad Datu secara Unit Dose, Unit Of Use ( UoU) dan tradisional.
  • Menguatkuasakan kaedah penyimpanan ubat-ubatan yang betul di wad / unit dengan melakukan pemeriksaan ke wad-wad atau unit pengguna. Pemeriksaan wad dan unit dilakukan setiap 2 bulan.
  • Memberikan perkhidmatan kaunseling dan pendidikan kesihatan secara berkumpulan dan individu kepada pesakit-pesakit di dalam wad.
  • Menyediakan perkhidmatan pendispensan di katil pesakit (bedside dispensing) bagi pesakit discaj.
  • Pemantauan Kesan Adverse Ubat (ADR) dan “Medication Error” yang berlaku pada preskripsi pesakit.
      Perkhidmatan Farmakokinetik
  • Pemantauan Kesan Terapeutik Ubat (TDM) di Hospital Lahad Datu bagi memastikan masa persampelan yang betul, ketepatan keputusan ujian, kebolehan keputusan ujian ( traceability) dan pemantauan pesakit TDM di dalam wad.

       Perkhidmatan Farmakoterapi

  • Menyediakan perkhidmatan farmakoterapi wad yang ada di Hospital Lahad Datu seperti Perubatan, Paediatrik dan Pembedahan bagi memastikan penjagaan farmaseutikal untuk pesakit di dalam wad.
  • Perkhidmatan pendispensan dan kaunseling untuk pesakit discaj.
  • Mengadakan aktiviti rondaan (Pharmacist’Round) didalam wad secara berkala dan melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan semasa rondaan wad bersama pegawai perubatan.

PERKHIDMATAN MAKLUMAT UBAT DAN RACUN

  • Menydiakan Perkhidmatan Maklumat Ubat dan Racun kepada Orang Awam/ Kakitangan Hospital.
  • Mengadakan Pameran dan Ceramah Kenali Ubat Anda kepada kumpulan sasar.
  • Menguruskan pengesanan dan Aduan Kesan Advers Ubat (ADR)
  • Menguruskan pengesanan dan aduan Alahan Ubat
  • Merangka dan menerbitkan Buletin aktiviti dan Maklumat Ubat-Ubatan.
  • Menguruskan Pembelajaran Farmaseutikal Berterusan (Contineous Pharmaceutical Education).
  • Menyedia dan mengemaskini dari masa kesemasa senarai fomulari ubat-ubatan di Hospital Lahad Datu.

FARMASI LOGISTIK

Perkhidmatan Perolehan dan Bekalan

Menyediakan perkhidmatan perolehan dan bekalan farmaseutikal kepada unit-unit pengguna di Hospital Lahad Datu mengikut peruntukan setiap disiplin.

  • Menguruskan perolehan secara terancang dan perbelanjaan berhemah dengan mengaplikasi konsep ABC/VEN analisis dalam perancangan pembelian.
  • Pembekalan Ubat dan bukan ubat kepada unit pengguna.
  • Memastikan kawalan ke atas stok ubat-ubatan dan “consumable” item dilaksanakan dengan terperinci.
  • Pengurusan dan pemeriksaan stok: mewujudkan sistem pemantauan ubat lambat bergerak yang bertarikh luput termasuk Item LOU.
  • Pengurusan Produk Panggil Balik (Recalled Products)
  • Pengendalian Pelupusan Stok Yang Luput atau Rosak.
  • Pengurusan Aduan Kualiti Produk.
  • Memastikan kaedah perolehan yang dilaksanakan adalah mengikut arahan atau Pekeliling terkini daripada KKM.

 

Hakcipta Terpelihara Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768
Copyright © 2020 Hospital Lahad Datu