My Top Banner

Jabatan Oftalmologi

Pengenalan
Unit Oftalmologi terletak di aras dua klinik pakar bersebelahan dengan Unit Pergigian. Unit ini mula beroperasi pada bulan Jun 2003 yang dikendalikan oleh pakar lawatan secara bergilir-gilir iaitu dari Hospital Tawau,Hospital Sandakan dan QEH Kota Kinabalu serta di bantu oleh seorang Penolong Pegawai perubatan dan seorang Penolong Jururawat, Perkhidmatan Optometri bermula pada tahun 2006 sehingga ke hari ini.

Waktu Operasi Unit Oftalmologi

Image
Visi

Menyediakan perkhidmatan Oftalmologi yang terbaik dengan penggunaan teknologi terkini bagi memenuhi kehendak semasa.

Misi

Berusaha untuk menjadi sebuah institusi Oftalmologi yang berkualiti di Sabah.

Piagam Pelanggan
  1. Setiap Pelanggan Akan Dilayan Dengan Baik, Mesra Dan Bersopan Santun.
  1. Setiap Pelanggan Akan Menerima Perkhidmatan Yang Baik Dan Secara Professional.
  1. Berbagai Kemudahan Disediakan Serta Mewujudkan Suasana Persekitaran Yang Bersih Untuk Kegunaan Dan Keselesaan Para Pelanggan.
  1. Semua Pelanggan Akan Diberi Perkhidmatan Mengikut Giliran.
  1. Pemeriksaan Dan Rawatan Akan Dilakukan Dalam 90 Minit. Walau Bagaimanapun, Ianya Tertakluk Kepada Keadaan Semasa Seperti Bilangan Pakar Atau Pegawai Perubatan Yang Bertugas Pada Masa Tersebut.
  1. Setiap Pelanggan Akan Diberi Penerangan Mengenai Prosedur Dan Rawatan Yang Dicadangkan Termasuk Risiko Dan Pilihan Lain Yang Ada.
  1. Setiap Pelanggan Akan Diberi Jaminan Bahawa Kehormatannya Akan Dipelihara Semasa Menerima Rawatan. Kerahsiaan Pesakit Akan Dilindungi Dan Hanya Diberitahu Kepada Pihak Tertentu Dengan Keizinannya Serta Tertakluk Kepada Undang-Undang.
  1. Setiap Pelangan Akan Dibekalkan Dengan :
    • Maklumat Temujanji.
    • Surat Rujukan ( Jika Perlu ).
    • Ubata-Ubatan ( Jika Perlu ).
Jika Anda Menghadapi Masalah Yang Tidak Dapat Diselesaikan Oleh Anggota Barisan Hadapan, Sila Dapatkan Bantuan Dan Pegawai Yang Menjaga Unit Oftalmologi Samada Melalui Telefon Atau Berjumpa Terus Di Unit Oftalmologi Pada Waktu Pejabat.
Objektif
  • Memberi perkhidmatan perawatan dan penjagaan mata yang cemerlang kepada semua lapisan masyarakat.
  • Berusaha meningkatkan mutu penjagaan kesihatan mata bagi Negeri Sabah khususnya Daerah Lahad Datu.
  • Bersedia memberi perkhidmatan yang cekap dan efisen bagi kes-kes rujukan dalam dan luar hospital.
Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Menyediakan perkhidmatan `One Stop Appointment Centre’.
  • Khidmat pakar mata iaitu pakar lawatan hanya sebulan sekali pada setiap bulan yang dilakukan oleh pakar dari Hospital Tawau dan Hospital Duchess Of Kent, Sandakan.
  • Menerima semua kes-kes rujukan dari mana-mana hospital, Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Kecemasan, Klinik Swasta, Pusat Kesihatan, Wad dan Unit lain.
  • Memberi temujanji bagi kes-kes bukan kecemasan ( elective ) dan rawatan susulan. Bagi pesakit dalam ( wad ), hendaklah mendapatkan temujanji terlebih dahulu dari klinik dan nota rujukan hendaklah di tulis oleh doktor yang merujuk dalam rekod perubatan pesakit sebelum mengarahkan pesakit menjalani pemeriksaan mata di unit Oftalmologi.
  • Menyediakan perkhidmatan saringan dan rawatan susulan yang dikendalikan oleh Pegawai Perubatan dan Penolong Pegawai Perubatan serta Pegawai Optometris.
  • Semua kes rujukan yang tidak mempunyai temujanji ( walk-in case ) yang memerlukan khidmat Pakar Oftalmologi akan terlebih dahulu diperiksa atau menjalani pemeriksaan saringan oleh Pegawai Perubatan atau penolong Pegawai Perubatan sebelum dimasukan dalam temujanji pakar lawatan.
  • Perkhidmatan Optometris seperti :- membuat refraction, ujian focimeter, ujian penglihatan, ujian medan penglihatan, ujian rabun warna dan lawatan ke sekolah untuk saringan ujian penglihatan di kalangan murid-murid sekolah.
  • Kemudahan sediaada :- Slit Lamp, Fundus Camera, AB scan, Non contact Tonometer, Binocular indirect Opthalmoscope ( BIO ), Humphrey Machine, Refraction Test dan Focimetry Machine.
  • Bilik prosedur untuk pembedahan minor seperti chalazion, abscess, pterygium.
  • Bilik rawatan untuk irigasi mata, pemeriksaan bayi pramatang ( ROP ), ujian penglihatan, ujian tekanan mata, B-scan dsbnya.
Hakcipta Terpelihara Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan IE 9 dan ke atas/ Mozila Firefox 3.0 dan ke atas / Chrome dengan resolusi 1024 * 768
Copyright © 2020 Hospital Lahad Datu